Wednesday, May 12, 2010

periHaL misz C =)

dalam pejabat...suatu pagi...beberapa minggu yang lepas..

mR yung : C..itu carrymarks students kamu sudah submit kah belum? (ala-ala pelat cina-->mR yung adalah koordinator unit exam)

misz C :err..belum lagi mR yung...sedang siapkan..yelah kan we all pensyarah baru kena pergi banyak kursus..kuliah terpaksa batal..so it takes time to complete the carrymarks coz we all semua kena ganti kuliah tu lagi..huhu...

mR yung : oh nevermind..banyak lagi belum complete..? jika perlu saya bagi sedikit masa lagi untuk pensyarah baru..

misz C : erm...banyak...saya tak la expert macam mr yung kan..but i'll try ok..hehe

mR yung : oh..tak mengapa..kura-kura akhirnya menang juga...hahaha

misz C :haha..???(berseloroh plak orang tua ni..)




di sebuah bilik kuliah..
semua pelajar dikehendaki membuat diskusi berkumpulan dan menyiapkan assignment yang diberi untuk setiap kumpulan..misz C amat sibuk menerangkan konsep regression linear estimation kepada 2,3 orang pelajar...selebihnya semua sedang sibuk berbincang la konon...

student girl : cik tengok helmi ni..dia kacau kita orang...(helmi bukan nama sebenar adalah student misz C lelaki tapi agak lembut aww aww sedikit perwatakannya)

misz C : helmi! (wat2 garang..hee)

sambung explained kat 2,3 orang student tadi balik...selepas beberapa ketika..

student girl : cik!! helmi ni kan dia taknak buat kerja dia dia kacaw kami lagi!!! (ahhhh serabut lah korang ni...haihhhh)

misz C : helmi! awak dah siap ke assignment group awak??

helmi : hehe..belum..ala saya gurau je cik..diorang ni yang mengada-ngada lebih..

student girl : hey..kaw tu yang bla..bla...bla...

ahh lantak korang la..masing-masing dah besar kan....so misz C pun sambung balik explanation..

student girl : cik!!!! tengok helmi ni cikk!!!!

misz C : grrrrrrrrrr...(rimasss tahu tak)..helmi!! dengar sini! kalau awak buat lagi gangguan seksual kat diaorang lepas ni!!! saya buat gangguan seksual kat awak pulak!!!!


hee...sekali-sekala menyakat student..mahu muka terus ala-ala siput sedut lepas kena sound dengan misz C...haha


the end.

No comments:

Post a Comment